hari tu..ada tengok tentang video akhir zaman tu kan...lepas tu..termenung sekejap...
ermp..betul jugak kan? kenapa kite balajar sejarah...katanya zaman manusia ni..bermula dari zaman batu? zaman ais? orang duk dalam gua?
walhalnya...kite berasal dari keturunan mulia Nabi Adam Alaihisalam? susur galur sejarah manusia yang sebenar...adalah bermula dengan kehidupan Nabi Adam di dunia ni...
Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya,menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.Itulah kewujudan paling awal manusia. Manusia itu adalah Nabi Adam.
dari Nabi Adam kepada Nabi terakhir yang diutuskan Allah SWT, Nabi Muhammad...Nabi Muhammad lah yang digelar sebagai kekasih Allah. Perjuangan Rasulullah kepada Islam dan betapa sayangnya Rasulullah kepada umatNya sehingga ke akhir nafas Baginda...amat mengagumkan. dan..sudah jelas juga..bahawa kita yang tinggal sekarang..adalah manusia Akhir Zaman. Zaman ini adalah di mana kita menanti kemunculan Ad-Dhukhan & Dajjal Al-Masih & Keturunan Nabi Isa Al-Masih. tahu kenapa Dajjal & Nabi Isa digelar Al-Masih? ini kerana mereka berdua adalah seperti buku & ruas. Hanya Nabi Isa yang dapat mengalah Dajjal dalam pertempuran. Di mana dalam pertempuran itu, Dajjal akan mati dibunuh Nabi Isa. Kenapa yang turun adalah Nabi Isa dan bukannya Rasulullah? ini kerana Allah telah mengangkat Nabi Isa (kerana Baginda belum meninggal seperti Nabi-Nabi laen), dan menjanjikan bahawa Dia akan menurunkan semula Nabi Isa pada akhir Zaman kelak.
kesemua ini telah tertulis dalam Al-Quran. segala perjalanan hidup kita...mengikut aturan yang Allah telah tentukan untuk kita. Sejarah yang sebenar adalah terkandung dalam Al-Quran sendiri. bukannya sejarah yang diciptakan oleh manusia. yang mampu diolah semula oleh para cendekiawan dari negara Barat. dan sesungguhnya, akhirat itu..sudah pasti akan MUNCUL.
saya juga naif tentang ilmu Al-Quran ini. hanya membaca sedikit sebanyak dan berkongsi apa yang mampu :)
semuanya related.
p/s: sekadar renungan bersama.
0 Comment on Script:
Post a Comment